December 23, 2014

Wanita ditemui mati bogel


KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tuala di dalam sebuah bilik hotel bajet di Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, Jalan Ipoh Bandar Utara, Selayang dekat sini lewat petang kelmarin.

Wanita berusia 30-an yang dipercayai bekerja di sebuah pusat karaoke itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam bilik air oleh penjaga hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asistan Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima maklumat kematian tersebut daripada pihak hotel berkenaan pada pukul 6.50 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, bilik berkenaan didaftarkan pada pukul 9 malam Sabtu lalu atas nama seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun.

“Suspek semasa mendaftar hanya datang seorang diri sahaja sebelum mangsa datang ke bilik berkenaan kira-kira pukul 1 pagi,” katanya di sini malam kelmarin.

Kosmo 23 Dis 2014


Mayat wanita Vietnam diikat kaki dan tangan

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangannya diikat di sebuah bilik hotel di Kompleks Pasar Borong, Jalan Ipoh Bandar Utara, di sini, 6.50 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pasukan forensik yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat menggunakan tuala.

"Terdapat juga kesan lebam di leher mangsa dipercayai akibat dijerut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

menurutnya, mangsa dipercayai bekerja di sebuah pusat karaoke pergi ke hotel berkenaan bersama seorang lelaki berusia 30-an.

"Kita sedang mengesan lelaki berkenaan yang beralamat di Taman Dahlia, Temerloh, Pahang untuk membantu siasatan dan

mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, "katanya.

myMetro 21 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment