December 18, 2014

Lelaki mati selepas terjatuh di depan bank

Teh Ang Ling, 48 (tengah) cuba menenangkan anaknya selepas suaminya, Leong Chen Sang, mati diserang sakit jantung di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, hari ini. - Foto Baharom Bakar.

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki, Leong Chen Sang, 59, dari Taman Raya, Wakaf Tapai, Marang, mati selepas terjatuh di atas kaki lima di hadapan sebuah bank di Jalan Pejabat, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama isteri, Teh Ang Ling, 48, bersama dua anak mereka sedang menunggu hujan reda untuk ke pejabat Imigresen bagi memohon pasport anaknya, kira-kira jam 9.10 pagi.

Ang Ling berkata, ketika sedang menunggu hujan reda, tiba-tiba suaminya mengadu sakit dada dan terus terjatuh di atas kaki lima.

Katanya, suaminya menghidap sakit jantung sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dan mati selepas diserang sakit jantung.

"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat," katanya.

Berita Harian 15 Dis 2014

0 comments:

Post a Comment