November 28, 2014

Tukang paip mati jatuh bumbung

MENEMUI AJAL: Ting berlumuran darah selepas terjatuh dari bumbung bengkel di Jalan Lanang, Sibu pagi semalam.

SIBU: Seorang tukang paip meninggal dunia selepas terjatuh ketika membaiki pair air di atas bumbung sebuah bengkel di Jalan Lanang, di sini pagi semalam.

Mangsa yang dikenali Ting Chang Hung, 55, disahkan meninggal dunia dalam ambulans ketika perjalanan ke Hospital Sibu.

Mangsa didapati mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Semasa kejadian mangsa dikatakan berada di atas bumbung bersama-sama seorang pekerja lain kira-kira jam 11 pagi.

Ketika itu mangsa sedang menarik wayar apabila terpijak atap plastik yang tiba-tiba pecah menyebabkannya terjatuh.

Menurut seorang pekerja, dia ternampak Ting terjatuh menghempap palang besi di bengkel berkenaan sebelum terjatuh di lantai konkrit.

Difahamkan kebanyakan atap bumbung tersebut diperbuat daripada zink, namun dua daripadanya diperbuat plastik lutsinar yang membolehkan cahaya masuk ke dalam bengkel.

Utusan Borneo 27 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment