November 23, 2014

Pemuda dijumpai mati lemas celah batu

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Azli yang ditemui mati lemas di Air Terjun Jeram Kopeh dekat Pasir Puteh, Kelantan kelmarin.

PASIR PUTEH - Seorang pemuda ditemui mati lemas selepas tersangkut di celah batu akibat tergelincir ketika mengambil wuduk di Jeram Kopeh di sini, petang semalam.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Wan Baijuri Wan Hassan berkata, Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang berasal dari Kampung Wakaf ditemui dalam jarak kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7 petang selepas dia dilaporkan hilang dua jam sebelum itu.

"Tujuh anggota bomba termasuk unit scuba dari Kota Baharu menjumpainya selepas melancarkan gerakan mencari," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai tersangkut di celah batu menyebabkan pihaknya menghadapi kesukaran untuk menariknya keluar dalam arus yang deras dan cuaca yang gelap.

Rakan mangsa, Mohd Azrisham Yahya, 27, berkata, ketika kejadian mangsa tergelincir akibat batu yang dipijaknya licin dalam usahanya untuk mengambil wuduk untuk solat Asar sebaik selesai memancing di jeram itu.

"Saya dan rakan lain cuba menolongnya dengan memegang tangannya tetapi gagal menariknya ke atas tebing kerana dia tersangkut di bawah batu dan akhirnya saya terpaksa melepaskan tangannya kerana arus terlalu deras yang turut mengancam keselamatan kami," katanya.

Mohd Azrisham berkata, sebelum itu Azli beria-ia mengajaknya untuk memancing di jeram tersebut kerana berjaya membawa pulang banyak ikan sehari sebelum kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dituntut keluarga kira-kira jam 9.40 malam. - Bernama

23 November 2014


Maut ketika ambil wuduk

PASIR PUTEH – Hasrat seorang pemuda untuk mengambil wuduk bagi mengimami solat bersama enam rakannya ketika memancing ikan di Air Terjun Jeram Kopeh dekat sini berakhir tragedi selepas dia maut tergelincir dari batu yang licin petang kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang bekerja sebagai kelindan van menjual biskut itu tergelincir setelah terjatuh ke dalam lubuk jeram dan mayat lelaki yang dijangka akan berkahwin Mei depan itu ditemui oleh anggota penyelamat kira-kira dua jam kemudian iaitu pada pukul 7.20 malam.

Rakan mangsa, Mohd. Azri Sham Yahya, 27, ketika mence­ritakan semula detik cemas itu memberitahu, mereka bertujuh ke jeram berkenaan dengan motosikal untuk memancing buat kali kedua selepas sehari sebelum itu mangsa memperoleh ikan tengas bersaiz besar.

Menurutnya, selepas tiba di jeram tersebut, mereka memancing di situ sebelum mengambil keputusan untuk menunaikan solat fardu Asar di tempat berkenaan.

Kosmo 24 Nov 2014


Tergelincir ke sungai ketika berwuduk

Pasir Puteh: “Kami baru bertunang bulan lalu dan sepatutnya disatukan pada Mei depan, tetapi arwah pergi dulu menghadap Allah SWT.

“Hanya Tuhan tahu betapa sedihnya hati saya,” kata Tuan Nur Syamimi Tuan Zulkapli, 22.

Dia tunang kepada Muhammad Azli Khanafiah, 28, yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian di Jeram Kopeh dekat Hutan Lipur Jeram Pasu, Padang Pak Amat, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Muhammad Azli dari Kampung Wakaf, di sini, ke kawasan itu bersama enam rakan sekampung untuk memancing sebelum tergelincir ketika hendak mengambil wuduk bagi menunaikan solat Asar.

Anak sulung daripada lapan beradik itu cuba dibantu empat rakannya naik ke tebing, namun hanyut dibawa arus deras dan ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tersepit di celah batu besar.

Menurut Tuan Nur Syamimi, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adik tunangnya pada jam 6.30 petang dan bergegas ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini untuk pengesahan lanjut.

myMetro 24 Nov 2014
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11299#sthash.CrGBdnjs.dpuf

0 comments:

Post a Comment