November 28, 2014

Disangka tak balik rumah rupanya mati di dalam bilik tidur


DIIRINGI: Anggota RELA mengiringi mayat Tay yang dibawa menggunakan kenderaan polis ke HUS.

BEDAH SIASAT: Mayat Tay dimasukkan ke dalam beg mayat untuk dibawa ke HUS bagi bedah siasat.


KUCHING: Anak lelaki yang disangka keluar rumah dan tidak balik selama dua hari rupa-rupanya meninggal dunia dalam bilik tidur sendiri di sebuah kediaman di Jalan Rock.

Insiden itu hanya disedari ibunya, selepas terhidu bau busuk dari bilik tidur anaknya yang dikenal pasti sebagai Tay Guan Wee, 37.

Selepas mencurigai sesuatu yang buruk berlaku, si ibu masuk ke dalam bilik tidur dan menemui anak lelakinya yang masih bujang telah terbaring dan tidak bernyawa di atas katilnya.

Difahamkan, si mati mempunyai masalah kesihatan dan dipercayai meninggal dunia dua hari lepas.

Polis turut dikerahkan ke tempat kejadian bagi membawa mayatnya ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Utusan Borneo 24 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment