November 27, 2014

Derita Zulqarnain makin parah

AHLI Dewan Undangan Negeri Galas, Md. Aziz Yusoff (kanan) bertanya sesuatu kepada Zulqarnain Abdullah yang menghidap kencing manis di rumahnya di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG 24 Nov. – Seorang lelaki yang menghidap penyakit kencing manis sejak 16 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada ihsan orang lain kerana mengalami kesukaran menguruskan diri selepas kaki kirinya semakin membengkak.

Sejak setahun lalu, Zulqarnain Abdullah, 36, terlantar sakit di rumahnya di Rancangan Pemulih­an Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini terpaksa mengharap ihsan daripada enam adik-beradik lain untuk menguruskan segala keperluan dirinya.

Zulqarnain berkata, kesukaran itu menyebabkan dia yang sebelum ini berkerja di Radicare di Hospital Gua Musang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana mengalami kesukaran untuk berjalan.

“Susah hendak buat kerja kerana kini saya hanya boleh mengengsot dan terpaksa meminta bantuan daripada orang lain setiap kali mahu bergerak. Mujurlah, anak saudara saya, Zul Bahri Mohd. Zul, sentiasa mahu membantu saya.

“Kali terakhir saya mendapat rawatan pada Julai lalu, doktor memberitahu penyakit saya sudah mencapai tahap kronik sehinggakan kaki saya terpaksa dipotong.

“Bagaimanapun, saya masih belum bersedia untuk kehilangan kaki kiri ini,” katanya.

Kata Zulqarnain, dia didapati menghidap penyakit kencing manis ketika berusia 20 tahun selepas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membolehkannya memasuki pusat latihan Giat Mara.

“Doktor memberitahu saya dikesan menghidapi penyakit kencing manis peringkat awal dan perlu menjaga pemakanan. Bagaimanapun, kira-kira dua tahun lalu semasa membuat kerja pembentungan paip di rumah ini saya tidak menyedari telah terpijak paku berkarat.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan kewangan boleh berhubung dengan Zulqarnain di talian 019-9425948.

Utusan 25 Nov 2014

0 comments:

Post a Comment