October 20, 2014

Ditetak kembar sendiri

Georgetown: Angkara masalah berkaitan wang, seorang wanita cedera ditetak dengan parang dan dipukul dengan kayu oleh adik lelaki yang juga kembarnya hingga parah dalam pergaduhan di kawasan pelupusan sampah di Jelutong di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, pasangan kembar berusia 36 tahun itu bertengkar selepas suspek meminta wang daripada mangsa sebelum keadaan menjadi bertambah tegang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek dipercayai menetak mangsa menyebabkan wanita terbabit cedera dengan 10 kesan tetakan di kepala.

“Mangsa turut cedera di badan selain lebam di kedua-dua belah tangan. Dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Siasatan mendapati, suspek yang masih bebas turut cedera di kedua-dua tangannya. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

myMetro 19 Okt 2014

0 comments:

Post a Comment