September 23, 2014

Lelaki maut motosikalnya bertembung dengan kereta

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Salim-Stabau, di sini malam kelmarin.

Mangsa yang berusia 42 tahun dan dikenali sebagai Ugak dikatakan menghala ke rumah panjangnya di Sungai Salim pada jam 7.30 malam semasa kejadian itu.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua kaki amngsa patah dan turut mengalami kecederaan dalaman.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Unit Kecemasan dan Kemalangan Hospital Sibu jam 8.35 malam.

Utusan Borneo 23 Sep 2014

0 comments:

Post a Comment