August 28, 2014

Pemandu bas ditemui mati di Luyang

Polis mengangkat mayat pemandu bas yang ditemui mati di dalam kemderaannya ke dalam trak polis

KOTA KINABALU: Seorang pemandu bas ditemui mati di dalam kenderaannya di Taman Gaya di Luyang di sini pada Isnin.

Mayat Wong Koon Yin @ Micheal Wong, 45, dari Taman Cendawan, Jalan Penampang ditemui di tempat duduk bahagian hadapan bas sekolahnya oleh orang ramai sekitar pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Bandaraya ACP M. Chandra berkata siasatan awal polis mendapati mangsa mengalami serangan jantung.

“Sepasukan anggota paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan yang mangsa sudah pun meninggal dunia di situ.

“Siasatan awal polis juga mendapati tiada unsur jenayah terlibat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut,” katanya semalam.

Chandra berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan keluarga mangsa telah pun dimaklumkan.

Sumber The Borneo Post 27 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment