August 23, 2014

Maut dalam teksi dekat Arkib Negara

Kuala Lumpur : Seorang pemandu teksi berusia 63 tahun ditemui mati dalam teksinya di tepi bangunan Arkib Negara, 5.52 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul menerima maklumat mengenai seorang lelaki tempatan terbaring dalam sebuah teksi di kawasan itu.

Katanya, sepasukan polis peronda dihantar ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki yang sudah meninggal dunia terbaring di tempat duduk pemandu.

"Siasatan awal mendapati paip getah disambungkan antara ekzos teksi dan dalam kereta itu. Mayat sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

myMetro 23 Ogos 2014

0 comments:

Post a Comment