July 30, 2014

Warga emas maut motosikal dirempuh pacuan empat roda


MIRI: Seorang lelaki warga emas maut akibat kecederaan di badan dan kepala selepas motosikal yang ditunggangi dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda berdekatan simpang Bekenu pada Sabtu petang.

Mangsa, Terang Kok, 72, merupakan seorang petani dari Rumah Panjang Jonathan di Sungai Kenyalang Sibuti.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee, ketika dihubungi pada Sabtu mengesahkan kejadian berlaku sekitar pukul 4 petang.

“Motosikal mangsa dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda yang menuju ke Batu Niah dari Miri. Kejadian berlaku berdekatan simpang Bekenu,” katanya Gan.

Mayat Terang dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Sumber The Borneo Post 28Jul 2014

0 comments:

Post a Comment