July 20, 2014

Pengurus kilang temui ajal di Gunung Ledang

Ledang: Seorang pengurus kilang di Segamat meninggal dunia ketika mendaki Gunung Ledang, di sini, akibat serangan jantung 8 pagi tadi.

Young Kai Thok, 55, dikatakan diserang sakit jantung selepas hanya kira-kira 20 minit melakukan pendakian bersama beberapa rakannya.

Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamed Salleh Abd Razak, berkata mangsa pada mulanya sesak nafas sebelum dibantu rakan yang membawanya turun ke tempat permulaan mendaki.

"Rakannya menghubungi hospital tetapi malangnya dia meninggal dunia sebaik bantuan kecemasan tiba. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati, mangsa menghidap penyakit jantung selama ini," katanya.

myMetro 20 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment