July 21, 2014

Bekas pelajar universiti maut jatuh

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar universiti tempatan yang menghadapi masalah mental maut selepas jatuh dari aras empat sebuah pusat beli-belah di Bangsar di sini, hari ini.
   
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, ketika kejadian, Alif Alexandre Faizal Weber, 26, kelihatan bersama ibunya sebelum bertindak terjun di pusat beli-belah itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.
   
"Menurut dua saksi kejadian yang merupakan kakitangan pusat itu, mereka cuba membantu ibu si mati untuk menahan Alif daripada jatuh tetapi gagal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
   
Muhammad Azlee berkata lelaki itu mempunyai masalah mental sejak setahun lepas dan masih dalam rawatan.
   
"Alif juga berhenti belajar pada tahun kedua kerana masalah mental. Si mati tidak bekerja dan sentiasa menghabiskan masa dengan bersenam sambil diiringi ibu," katanya.
 
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - Bernama

16 Julai 2014

0 comments:

Post a Comment