April 19, 2014

Terjunam dalam tali air

Perodua Myvi dipandu Mohd Zaidi tersangkut di tebing tali air selepas terbabas.

KUALA PILAH – Tindakan seorang lelaki ingin memotong sebuah lori dari arah yang sama mengundang padah apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam dalam tali air, dalam kejadian di Jalan Kuala Pilah - Seremban berhampiran Kampung Gemetir, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Zaidi Zainudin, 26, kakitangan syarikat penerbangan Malindo Air dalam perjalanan pulang dari arah Seremban ke rumahnya di Taman Senaling selepas bekerja di KLIA, Sepang.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi tidak menyangka jalan tersebut berselekoh dan berbukit ketika cuba memotong sebuah lori di hadapannya.

"Mangsa panik menyebabkan keretanya hilang kawalan dan merempuh pengadang jalan serta melanggar tiang elektrik sebelum keretanya terjunam ke dalam tali air.

“Nasib baik keadaan tali air itu cetek. Kereta mangsa rosak di bahagian depan dan mangsa berjaya menyelamatkan diri keluar dari kenderaan sebelum di bantu oleh orang ramai," katanya, di sini, semalam.

Sinar Harian 17 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment