April 21, 2014

Penyu belimbing sesat terperangkap dalam longkang

ANGGOTA JPAM menyelamatkan seekor penyu belimbing yang terperangkap di dalam longkang di Batu 12, Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin.

PORT DICKSON – Orang ramai di daerah ini terperanjat besar apabila seekor penyu belimbing seberat 50 kilogram ditemui terperangkap di dalam sebuah longkang dengan kedalaman kira-kira satu meter di Batu 12 dekat sini kelmarin.

Peristiwa berkenaan disedari oleh orang ramai kira-kira pukul 10.27 pagi setelah mereka melihat objek besar yang pelik di dalam longkang berkenaan.

Kosmo 21 Apr 2014


Karah sesat cari makan

Pengunjung pusat peranginan berhampiran Batu 12, Pantai Telok Pelandok, di sini, terkejut apabila terserempak seekor penyu karah yang tersesat dan terperangkap dalam longkang besar di kawasan itu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, penyu spesies terancam seberat 50 kilogram itu dipercayai tersesat ketika sedang mencari makanan sebelum memasuki longkang bertutup berkenaan.

Penyu karah itu dikatakan terperangkap apabila air laut surut dan gagal berpatah balik kerana saiznya yang besar.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Port Dickson Mohd Alif Idham Mohd Yusof berkata, anggota JPAM menghadapi kesukaran kerana saiz penyu itu yang besar dan bimbang penyu itu tercedera.

“Anggota JPAM menggunakan tali untuk menaikkan penyu itu ke darat.

Kami mengambil masa 15 minit mengeluarkannya sebelum penyu itu dilepaskan semula ke laut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan negeri Mohd Shubli Md Saad berkata, kehadiran penyu spesies itu di perairan ini tidak asing kerana kawasan pesisiran pantai Port Dickson hingga sempadan Melaka dikenal pasti sebagai tempat pendaratan penyu untuk bertelur.

“Tiga kawasan utama pendaratan penyu di Port Dickson adalah di Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Cahaya Negeri dan Teluk Kubur kerana lokasinya yang agak kurang dikunjungi pelancong,” katanya.

Beliau berkata, spesies penyu terbabit dilindungi mengikut Akta Perikanan 1985 Kaedah-kaedah Perikanan (penyu dan telur-telur penyu) 1989.

myMetro 21 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment