April 17, 2014

Lelaki tersepit van hentam lori

 ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan pemandu van yang tersepit.

Port Dickson: Seorang pemandu van tersepit selepas kenderaannya bertembung dengan lori di Kilometer 8, Jalan Tanah Merah Site C, di sini, semalam.

Kejadian jam 1.40 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila kereta Peugeot dari arah Sepang ke Port Dickson hilang kawalan lalu melanggar lori daripada arah bertentangan.

Manakala sebuah van di belakang kereta itu cuba mengelak, namun gagal sebelum turut melanggar bahagian depan lori menyebabkan pemandunya tersepit.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Abd Rahim Atan berkata, beliau bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.

“Sebaik tiba, pemandu van tersepit dan terpaksa dikeluarkan.


Bomba mengambil masa 10 minit mengeluarkan mangsa.

Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Difahamkan, pemandu difahamkan mengalami kecederaan, namun sudah dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) oleh orang ramai,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu keadaan jalan sesak teruk menyebabkan pasukan bomba terpaksa mengambil masa 20 minit untuk tiba di lokasi kejadian.

myMetro 17 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment