April 19, 2014

Lelaki maut, anak cedera kereta terbalik

SIBU: Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbalik dalam perjalanan ke Daro dari Sibu sekitar tengahari semalam.

Ketika kejadian mereka sedang melalui Tanjung Manis apabila salah sebuah tayar kereta yang dinaiki meletup menyebabkan kereta terbabit hilang kawalan dan terbalik beberapa kali.

Yu Jun Nang, 60, dari Jalan Lada Road, patah bahu kanan dan cedera di kepala, pinggang serta dada maut serta merta.

Anak lelaki mangsa pula cedera di kepala, perut dan rusuk dan separuh sedar ketika dihantar ke Hospital Sibu dan tiba di sana pada pukul 2 petang.

Sumber The Borneo Post 18 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment