April 1, 2014

Lelaki dipercayai kurang siuman bertindak nekad kerat kemaluan


MIRI: Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman bertindak nekad mengerat kemaluannya dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Pujut 5, di sini petang semalam.

Mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Miri sekitar jam 3.30 petang dengan menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan segera.

Menurut sumber, sekitar jam 3 petang ibu mangsa terdengar suatu bunyi yang mencurigakan di dalam bilik tidur mangsa.

Dia yang berasa curiga kemudian segera membuka pintu bilik mangsa bagi mengetahui apa yang berlaku.

Sebaik pintu dibuka, alangkah terkejutnya ibu tersebut apabila mendapati anaknya yang dalam keadaan bogel berlumuran darah dengan kesan cedera pada bahagian kemaluannya.

Serentak itu, dia terus menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa yang berusia 30 tahun bernasib baik kerana kecederaan yang dialami tidak serius kerana hanya pada lapisan kulit luar.

Difahamkan, semasa kejadian mangsa berseorangan di dalam bilik tidurnya.

Utusan Borneo 1 Apr 2014


0 comments:

Post a Comment