April 20, 2014

Bimbang tinggalkan ibu dan dua adik

Mohd Syahir menunjukkan keadaan rumah mereka yang uzur dan kini hanya mengharapkan simpati orang ramai bagi meringankan beban.

KOTA BHARU - Seorang anak, bimbang untuk meninggalkan ibu dan dua adiknya bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), baru-baru ini, kerana tiada sesiapa yang akan menjaga mereka memandang ibunya mengalami masalah kesihatan sejak bapanya meninggal lebih tiga tahun lalu.

Mohd Syahir Harun, 18, hanya sempat bersekolah setakat tingkatan tiga di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas, namun tidak sempat mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kerana menjaga ibunya yang sakit.

Menurutnya, sejak kematian bapanya, Harun Ahmad, berusia lewat 70-an, dia gagal meneruskan pelajaran kerana terpaksa bekerja sebagai buruh di merata tempat untuk membantu ibu dan mahu menyara keluarga, termasuk perbelanjaan kakak sulung, Siti Aisyah, 20 dan adik, Siti Syahirah, 15, pelajar tingkatan tiga di SMK Tanjung Mas.

 “Kakak berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak dua tahun lalu, manakala adik masih sekolah, dan ibu pula dalam keadaan sakit,`` katanya.

Sementara itu ibunya, Gayah Mamat, 54, kini buntu memikirkan kehidupan harian bersama tiga anaknya kerana tidak memiliki pendapatan tetap sejak kematian suami, tiga tahun lalu.

"Saya buntu kerana tidak ada kerja, sehingga anak kedua, Mohd Syahir, 18, tercicir persekolahan kerana terpaksa mencari rezeki untuk perbelanjaan kakaknya, Siti Aisyah, yang kini lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan adiknya, Siti Syahirah.

“Sejak kematian suami, saya tidak tahu arah tujuan, terpaksa bekerja sambilan ambil upah mencuci di rumah jiran atau pembantu kedai makan dengan pendapatan RM15 hingga RM20 sehari.

“Semasa suami bersara dari anggota polis, dia terima wang pencen untuk  menyara keluarga, namun kini wang pencen itu tidak lagi kami terima berikutan sebelum kematiannya, arwah tidak tukarkan nama waris kepada saya kerana dia ada seorang lagi isteri, dan sudah meninggal dunia sebelum kahwin dengan saya,” katanya.

Sinar Harian 20 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment