March 14, 2014

Lelaki OKU ditemui mati dalam bilik mandi rumah

KUCHING: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui mati di bilik mandi rumahnya di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) di sini, awal pagi se­malam.

Mangsa ialah Bong Siew Choi berusia 56 tahun.

Menurut sumber, ter­dahulu jiran mangsa mula mengesyaki sesuatu perkara buruk menimpa mangsa apa­bila menghidu bau busuk dari dalam rumah mangsa, selain tidak melihat mangsa sejak beberapa hari lepas.

Jirannya kemudian difa­hamkan telah menghubungi pihak polis melaporkan men­genai perkara tersebut.

“Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan pemeriksaan ke dalam rumah telah menemui mayat mangsa di dalam bilik mandi dalam keadaan hanya berseluar pendek,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Pada­wan Superintenden Pauzi Bujang semasa dihubungi mengesahkan kejadian terse­but dan mengklasifikasikan­nya sebagai mati mengejut sementara menunggu kepu­tusan bedah siasat.

Utusan Borneo 12 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment