December 21, 2013

Wanita Warga Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Tawau


TAWAU: Seorang wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kayu dua tingkat di Jalan Kelapa, di sini malam Khamis.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata mangsa yang dikenali sebagai Yosefila Jali Kiaraja, 56, itu ditemui rentung di bilik tingkat bawah rumah berkenaan pada pukul 9.47 malam.

"Kami menerima panggilan 7.17 malam. Dua jentera bersama 12 anggota yang di ketuai Komander Operasi Mohd Ashmar Mohd Mazlan dihantar ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.

Beliau berkata semasa kejadian, terdapat enam orang di dalam rumah itu termasuk mangsa dan dua kanak-kanak, namun yang lain sempat keluar menyelamatkan diri.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. - BERNAMA

21 Dis 2013

0 comments:

Post a Comment