December 4, 2013

Lelaki dipercayai warga Indonesia maut ditetak

AMPANG - Seorang lelaki dipercayai warga Indonesia maut ditetak ketika sedang makan malam bersama teman wanitanya di sebuah medan selera Angsana Hilir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa dan teman wanitanya berusia 20-an diserang dua lelaki tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa yang cedera parah sempat melarikan diri dan bersembunyi dalam tangki air berhampiran lokasi kejadian.

Beliau berkata, teman wanita mangsa yang juga warga tempatan berusia lingkungan 20-an turut melarikan diri selepas kejadian.

Katanya, identiti mangsa tidak dikenal pasti kerana pemeriksaan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri miliknya.

"Orang awam berada di lokasi kejadian menghubungi pihak ambulans, namun pegawai perubatan sahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Motif sebenar masih belum dikenal pasti, tetapi tidak menolak kemungkinan ada kaitan cemburu," katanya, semalam.

Amiruddin berkata, pihaknya menahan dua wanita serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 hingga 46 tahun.

“Ketiga-tiga individu itu direman seminggu sehingga 9 Disember di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sinar Harian 4 Dis 2013

0 comments:

Post a Comment