November 24, 2013

Nenek nyaris rentung


MELAKA: Seorang wanita warga emas yang sedang menonton televisyen terselamat selepas bergegas keluar dari rumahnya yang terbakar di Kampung Tun Razak di sini, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Siti Aishah Hamid, 60, yang berada bersendirian di rumah dikatakan terdengar bunyi letupan kuat di bahagian atas rumahnya.

Bagi mendapatkan kepastian, nenek kepada dua cucu yang sedang berada di dapur naik ke atas dan mendapati asap hitam tebal lalu bergegas keluar menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua barangan berharga termasuk sejumlah wang tunai dan peralatan sekolah cucunya musnah.

Ketika kejadian, suami dan tiga anaknya yang turut tinggal bersama tiada di rumah berkenaan.

myMetro 24 Nov 2013

0 comments:

Post a Comment