November 24, 2013

Lelaki sakit mental pijak bapa sampai mati


KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun maut selepas dipukul oleh anak lelakinya yang dipercayai kurang siuman.

Mangsa, Oding Lumping, meninggal dunia akibat patah tulang rusuk dan cedera di buah pinggang selepas dipijak anaknya yang berusia 40 tahun.

Dalam kejadian pada Jumaat, suspek telah pergi ke kedai runcit ibu bapanya di Kampung Tutuwon di Pitas dan meminta sebilah parang.

Walaubagaimana pun, Oding menolak permintaan suspek menyebabkan suspek berang.

“Suspek kemudian memukul ibunya di kepala dan mencekiknya. Selepas itu, suspek menyerang Oding,” kata Ketua Polis Daerah Timbalan Superitendan Mohd Isa Yusof.

“Suspek memijak perut bapanya beberapa kali sebeum melarikan diri,” katanya dengan menambah yang pasangan suami isteri tersebut kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Pitas pada pukul 7.30 pagi pada keesokan harinya.

Oding disahkan meninggal dunia 2 jam kemudian manakala isterinya hanya cedera ringan.

"Menurut isteri mangsa, anak lelaki mereka telah menjalani rawatan mental di hospital dan sekarang memiliki sebuah kedai runcit di bandar Pitas," katanya.

Suspek ditahan polis di rumahnya pada Sabtu dan kini direman 7 hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Sumber NST 24 Nov 2013

0 comments:

Post a Comment