September 20, 2013

Lelaki hilang ketika masuk hutan


BELURAN: Seorang lelaki berumur 33 tahun dipercayai hilang ketika masuk hutan di simpang Sapinagoh, Beluran kira-kira jam 6 pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada jam 2.39 petang.

“Sejurus itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dengan keanggotaan lima orang diketuai PBK 1 Devi Rasidi bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Jemishin berkata, laporan awal mendapati mangsa hilang ketika masuk hutan jam 6 pagi kelmarin dan masih belum dijumpai (ketika berita ini ditulis).

Utusan Borneo 20 Sep 2013


Lelaki hilang sudah ditemui

BELURAN: Lelaki yang dipercayai hilang ketika masuk hutan di simpang Sapinagoh di sini pada Khamis, dijumpai selamat kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sandakan, Jemishin Ujin berkata mangsa dikenali Ikus Tamuai, 33, keluar sendiri dari hutan berkenaan.

“Mangsa kini dirawat di hospital,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Untuk rekod, mangsa dipercayai hilang ketika masuk hutan kira-kira jam 6 pagi pada Khamis lepas.

Pihak Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada jam 2.39 petang dan mengerahkan lima anggota yang diketuai PBK 1, Devi Rasidi ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari.

Utusan Borneo 20 Sep 2013

0 comments:

Post a Comment