August 11, 2013

Wanita maut kereta terhumban dalam gaung di Ranau

Keadaan jip yang terjunam ke dalam gaung sedalam 70 meter

RANAU: Seorang wanita maut, manakala tujuh ahli keluarganya terselamat selepas jip jenis Suzuki dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di Kampung Sarapong dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, Halisah Raibin, 38, berbangsa Kadazandusun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu yang juga suami mangsa, Yasik Atim, 40, dikatakan hilang kawalan menyebabkan kenderaan terbabit terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter.

Walau bagaimanapun, suami mangsa dan 6 anak mereka, dua lelaki dan empat perempuan yang berusia dari 6 hingga 14 tidak cedera.

Beliau berkata keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang dari Kampung Mohimboyon ketika kemalangan berlaku.

Sumber Berita Harian dan BERNAMA 11 Ogos 2013


0 comments:

Post a Comment