August 11, 2013

Tiga saudara lemas, dua lagi terselamat di pantai Bagan Lalang

SEPANG - Kegembiraan lima saudara mandi manda di pantai Bagan Lalang, di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian 4 petang semalam, lima saudara itu sedang mandi manda di tepi pantai apabila dipercayai terperangkap berikutan air laut pasang.

Menurut sumber, mangsa pertama ditemui penduduk kampung pada petang semalam manakala mangsa kedua ditemui kira-kira jam 11.45 pagi tadi disusuli mangsa ketiga pada jam 2.45 petang ini.

Saksi kejadian berkata, kesemua mereka dilihat mandi di kawasan pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang sebelum lima rakan lain yang sempat menyelamatkan diri memaklumkan kejadian kepada penduduk tempatan.

Penolong Penguasa Bomba Zon KLIA, Akmal Azizi Elias berkata, mayat S. Mariayee, 59, ditemui di tepi pantai bersama seorang lagi saudaranya yang terselamat.

Dua lagi mangsa yang lemas ialah K. Saresh, 15 dan R. Sivaneswaran, 30.

"Semua mayat telah dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini

Akmal Azizi berkata, dua yang terselamat iaitu seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun kini berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 petang semalam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian bagi menggerakkan operasi mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela.

Sementara itu, tindakan pantas pekerja kelong, Khairul Afzan, 29, berjaya menyelamatkan dua lelaki yang hampir lemas.
 
"Sebelum itu, saya telah menasihatkan mereka agar berhati-hati…tidak sangka ia berakhir dengan tragedi.
 
"Saya nampak ketiga-tiga mangsa sedang terkapai-kapai. Dengan pantas, menggunakan bot yang ada saya cuba menghampiri mereka. Apabila saya angkat mereka, seorang mangsa sudahpun meninggal dunia manakala dua lagi sudah tercungap-cungap," katanya. - Bernama

11 Ogos 2013


3 korban perangkap air pasang

KHAIRUL menunjukkan bot yang digunakan untuk menyelamatkan dua lelaki di pantai Bagan Lalang semalam. Tiga lagi mangsa bagaimanapun lemas dalam kejadian itu.

SEPANG – Tindakan lima bersaudara yang tidak mengendahkan nasihat seorang pengusaha kelong supaya berhenti bermain bola di kawasan berpasir di tengah laut mengundang padah apabila tiga daripada mereka ditemui lemas di Pantai Bagan Lalang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 4.15 petang itu mengorbankan S. Mariayee, 59, K. Saresh, 15, dan R. Sivaneswaran, 30. Dua lagi saudara mereka yang turut bermain bola terselamat.

Kesemua mangsa berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Kosmo 12 Ogos 2013


0 comments:

Post a Comment