August 31, 2013

Cari bekas EO, jumpa mangsa rogol

KUCHING – Sepasukan anggota polis yang melakukan operasi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) menyelamatkan seorang gadis yang menjadi mangsa rogol di sebuah hotel bajet dekat Jalan Ban Hock di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, polis yang menyerbu sebuah bilik disyaki tempat persembunyian bekas tahanan EO menemui mangsa yang berusia 17 tahun.

Ketika diselamatkan, remaja itu yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta berada dalam keadaan separuh bogel selepas diperkosa oleh pensyarahnya yang berusia 33 tahun.

Kosmo 31 Ogos 2013


Pelajar kolej dirogol pensyarah

KUCHING 30 Ogos - Seorang penuntut remaja di sebuah kolej swasta yang dipercayai dirogol pensyarahnya sendiri berjaya diselamatkan sepasukan polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock di sini malam tadi.

Ketika ditemukan pada pukul 11 malam, mangsa berusia 17 tahun tidak sedarkan diri akibat mabuk dan berada dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki berusia 33 tahun.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang berasal dari Sibu dan sudah berkahwin merupakan pensyarah kepada mangsa.

"Sepasukan polis malam tadi menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah bagi mengesan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) di hotel bajet tersebut.

"Mereka kemudian menemukan mangsa dan suspek dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek memujuk mangsa keluar ke sebuah pusat hiburan di bandar raya ini dan memaksanya mengambil minuman keras sehingga mabuk.

"Suspek kemudian membawa mangsa ke bilik hotel sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Simpang Tiga ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan manakala suspek direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Utusan 31 Ogos 2013

0 comments:

Post a Comment