July 5, 2013

Penyamun poliklinik maut ditembak Tan Sri

Penjenayah yang ditembak Tan Sri dijumpai maut terlentang 30 meter dari poliklinik tersebut. Gambar The Star

KUALA LUMPUR 5 Julai - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bertindak nekad melepaskan beberapa das tembakan ke arah tiga lelaki yang merompak sebuah poliklinik di Taman Pertama, Cheras malam tadi.

Tindakan berani ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an dari Pahang itu mengakibatkan salah seorang penjenayah maut selepas terkena tembakan di perut, lutut dan pinggul.

Suspek yang mati berusia lingkungan 20-an ditemui terbaring kira-kira-kira 30 meter dari luar klinik dalam kejadian pukul 9.50 malam tadi.

Ketika kejadian, ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu sedang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan apabila tiga penjenayah bersenjatakan parang muncul dan menyamun doktor, jururawat dan pesakit di premis itu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek yang mati ditembak itu menyerang ahli perniagaan terbabit dengan menolak dan menghayunkan parang ke arahnya.

"Akibat serangan itu mangsa luka di bahagian perut. Beliau bagaimanapun sempat mengeluarkan senjata api miliknya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah ketiga-tiga suspek.

"Ketiga-tiga suspek itu sempat melarikan diri tetapi salah seorang daripada mereka ditemui rebah di atas jalan raya kira-kira 30 meter dari poliklinik tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohan Singh berkata, polis percaya seorang lagi rakan suspek yang menunggu di luar poliklinik itu semasa kejadian dan turut melarikan diri.

Polis kemudian menemukan sebilah parang dan empat kelongsong peluru dalam sebuah kereta jenis Nissan Latio yang dilaporkan hilang di Taman Mahkota di Batu 9, Kajang kelmarin, di tempat kejadian.

Kata beliau, mayat suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kumpulan penjenayah ini dipercayai terlibat dalam banyak kes samun klinik dan kedai serbaneka yang beroperasi sehingga lewat malam atau 24 jam di ibu negara.

Tambah beliau, polis sedang memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri dalam kejadian itu dan percaya ada di antara mereka cedera akibat terkena tembakan ahli perniagaan berkenaan.

Mohan Singh meminta mana-mana institusi perubatan supaya melaporkan kepada polis jika terdapat orang yang mencurigakan datang untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, jururawat di poliklinik tersebut, G. Nitya, 24, menceritakan, ketika kejadian dia sedang membantu doktor merawat seorang pesakit apabila muncul dua lelaki merampas rantai, telefon bimbit serta cincin miliknya.

Menurutnya, ketika itu terdapat tiga pekerja, seorang doktor dan tujuh pesakit di poliklinik dan penjenayah terbabit hanya mengambil masa lima minit untuk menyamun sebelum melarikan diri selepas berlaku tembakan.

Utusan 6 Jul 2013


Chamber head kills one of three robbers who held up clinic 

KUALA LUMPUR: “I have no regrets shooting the robber dead. He was very aggressive and threatened my life. I pumped three shots into him after he tried to slash me a second time. If I did not have my gun, it could have been me who would be dead.”

These were the words that Pahang Chinese Chamber of Commerce chairman Tan Sri Lam Kam Sang said yesterday, a night after he killed one of three robbers who held up a private clinic in Cheras.

The robbers, armed with knives and a parang, grabbed cash and valuables from a doctor and two nurses before turning their attention on the patients.

They pushed their luck too far by going after Lam, 68, who happened to be armed with an automatic pistol.

Despite being unwell, the businessman, who is also MCA Raub division chief, already had his finger on the trigger of his Glock 9mm and warned the robbers that he would shoot if they did not leave.

They lunged at him instead and he fired several shots.

Cheras OCPD Assistant Commissioner of Police Mohan Singh said the men fled the clinic in Taman Pertama at around 10pm.

“But one of them was found dead about 30m away with gunshot wounds in his knee, abdomen and buttocks,” he said.

Police recovered a knife and a Nissan car outside the clinic. “The car was stolen during another robbery at a clinic in Kajang on Wednesday,” said ACP Mohan Singh.

Lam said he had no regrets killing the robber, adding that he went to the clinic because he felt unwell after dinner.

Meanwhile, nurse Litya Gunasegaran, 24, said: “Everyone was shocked when the three men burst in. They were carrying knives and a parang and held it at people’s necks, shouting ‘kasi wang!’ (give money).”

“One of them just snatched my necklace and went to another person,” she added.

“That’s when I heard the shots.”

The Star 6 Jul 2013

0 comments:

Post a Comment