July 5, 2013

Lelaki bunuh isteri dan dua anak


ANGGOTA polis mengusung mayat Ling Yung Ming yang dibunuh kejam di kediamannya di Pulau Li Hua, Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 5 Julai - Akibat tertekan dengan hutang keliling pinggang, seorang lelaki bertindak kejam memukul bertubi-tubi isteri dan dua anaknya menggunakan buluh sebelum melemaskan mereka menggunakan gas memasak di Pulau Li Hua di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi ini, mayat Ling Yung Ming, 40; Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng Tai, 2, ditemui terbaring dengan kesan lebam di seluruh anggota badan dalam bilik tidur di tingkat atas rumah banglo itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, suspek berusia 43 tahun yang merupakan kontraktor Kelas D itu dipercayai memukul kesemua mangsa sehingga lembik menggunakan sebatang buluh.

"Suspek kemudian turun ke tingkat bawah dan mengambil tong gas masak di dapur rumah itu ke tingkat atas sebelum melepaskan gas tersebut untuk melemaskan kesemua mangsa.

"Bagaimanapun dalam kejadian itu, anak sulung suspek, Vincent Tiang Soon Thai, 17, berjaya menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap rumah dan berjaya meminta pertolongan daripada jiran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Zulkifli berkata, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki itu mendapati suspek melarikan diri menggunakan pacuan empat roda dan pihaknya telah mengenal pasti butir-butir peribadi suspek.

Katanya, setakat ini polis masih menyiasat motif kejadian dan mengesyaki suspek mempunyai masalah hutang berlebihan.

Beliau ketika dihubungi malam ini memberitahu, suspek berjaya ditahan di Bintulu, kira-kira 200 kilometer dari rumahnya pukul 7.50 malam.

"Anak suspek yang terselamat masih trauma dan kini di bawah perlindungan polis manakala kesemua mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya.

Utusan 6 Jul 2013


Lelaki ditangkap di Bintulu selepas dipercayai bunuh isteri, dua anak dengan gas beracun

SIBU: Penduduk Sibu sekali lagi digemparkan dengan kes bunuh apabila seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya disyaki menggu­nakan gas beracun di kedia­man mereka di Lorong 1B, Pulau Li Hua, semalam.

Suspek yang melarikan diri selepas kejadian berjaya ditangkap polis di Bintulu, malam tadi.

Anak lelaki sulung suspek, Tiang Soon Thai, 17, yang terselamat dalam kejadian itu dipercayai ada terhidu bau gas beracun ketika terjaga pada kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, gas beracun disalurkan ke dalam bilik menggunakan dua paip yang disambungkan kepada sil­inder gas yang diletakkan di luar rumah.

Soon Thai terjaga buat kali kedua pada jam 10 pagi ketika ayahnya yang berusia 43 tahun mengacu batang buluh ke arah lehernya di­percayai dengan niat untuk membunuhnya.

Mangsa turut dipukul oleh ayahnya menyebabkan dia mengalami kecederaan di tengkuk dan telinga kanan­nya.

Ibu dan adik lelaki mangsa yang berusia dua tahun di­jumpai terbaring tidak bern­yawa di tepi tilam sementara adik perempuannya, 14, terbaring di atas tilam.

Soon Thai berjaya menye­lamatkan diri setelah bertin­dak melompat dari tingkat atas rumah menerusi balkoni sambil dikejar oleh ayah­nya.

Mangsa berjaya disela­matkan oleh jiran yang tinggal bertentangan rumah mereka yang kemudiannya mengunci pintu pagar setelah dimak­lumkan mengenai kejadian pembunuhan itu.

Jiran mangsa turut men­ghubungi pihak polis untuk menahan suspek.

Selepas 10 minit berdiri di hadapan pintu pagar rumah mereka, suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail yang mengesahkan kejadian itu mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Suspek yang merupakan kontraktor membersihkan ladang kelapa sawit telah membawa ahli keluarganya keluar makan malam pada malam sebelum kejadian.

Sekembalinya ke rumah, suspek dipercayai memaksa ahli keluarganya ke dalam sebuah bilik sebelum memberi pil yang dipercayai pil tidur bagi membuatkan mereka tertidur.

“Pihak polis masih menyia­sat sama ada suspek cuba memberi pil sebelum melaku­kan pembunuhan. Polis juga menyiasat sama ada suspek membunuh ahli keluarga di bilik dipenuhi gas beracun,” ujar Shafie.

Polis telah mengenal pasti mangsa sebagai Ling Yung Ming, 40, anak perempuan­nya Christine Tiang Soon Ai, 14, dan anak lelakinya Victor Tiang Soon Heng, 2.

Ling Yung Ming merupa­kan kakak kepada Ling Ting Hock yang dibunuh bersama tiga lagi ahli keluarganya oleh seorang remaja berusia 17 tahun di kediaman mereka di Jalan RTM pada 3 Januari 2012.
Artikel tersebut boleh dibaca di sini : Empat sekeluarga dibunuh dalam serangan kejam

Utusan Borneo 6 Jul 2013


Cops: Man who allegedly killed family arrested, tried to commit suicide thrice


SIBU: Police have arrested a 43-year-old suspect who allegedly killed three of his own family members and subsequently tried to commit suicide three times on Friday..

With the arrest, the police consider the case solved, said District Police Chief ACP Shafie Ismail.

The suspect, surnamed Tiang, a contractor, was arrested about 7.30pm beside a petrol station at KM5 in Bintulu Friday night.

He was escorted to Sibu Central police station Saturday afternoon by a team of officers led by CID head DSP David Ajek and senior investigating officer ASP Yeoh Chun Shyan.

Tiang was believed to have killed his wife Ling Yung Ming, 40, daughter Christine Tiang Soon Ai, 14, and son Victor Tiang Soon Heng, 2, at their house at Pulau Li Hua.

The eldest son, Vincent, escaped by jumping down to the ground from the roof of the car porch, climbed over a wooden fence and ran across the street to seek help from a neighbour.

The suspect later escaped in his black Toyota Hilux and drove to Bintulu, some three hours from here.

The suspect was produced in court after his arrival from Bintulu where Magistrate Atiqah Abdul Karim allowed the police's application for a seven-day remand until July 12.

ACP Shafie also said police would gather all the evidence and discuss with the deputy public prosecutor on the charges against the suspect.

He said he would most probably be charged under Section 302 of the Penal Code for murder and also Section 304 for attempted murder.

Meanwhile, police sources said the suspect had admitted to killing the wife and his two children because he owed some people - including loan sharks - some RM3.5mil.

He had also mortgaged his double-story semi-detached house and had used the Toyota Hilux to pay off some debts. It was understood that the car would be handed over to the new owner soon.

The suspect had also told police that he planned the murder with his wife several days before the incident without the knowledge of the children.

He also claimed that he had written a will but police had not found it yet.

He took his family out for a hearty dinner at a popular restaurant near Medan Mall at Wong King Huo Road the night before the incident.

Upon their return, he asked his family to sleep in the master bedroom.

The suspect then gave his wife and daughter two sleeping pills each while his two-year-old son was given one. The son who survived did not take the pill.

It was believed that at about 6am the day after, he gassed his family with cooking gas from a tank. Police believe that he also used a pillow to suffocate his wife.

The suspect told police he then attempted to commit suicide by hanging himself with a belt, but his attempt failed after.

After he arrived in Bintulu, he made two more attempts to commit suicide.

His first attempt was with a bottle of weed killer, but he could not bring himself to swallow as it was very unpleasant.

He then purchased some hose with the intention to funnel his car's exhaust pipe gases into the cabin, but he was arrested before he could make the attempt.

Both the weed killer and the pipe were still in his car when he was arrested.

Police said a relative of Tiang's wife (Ling Yung Ming) spotted the Toyota Hilux near the petrol station in Bintulu and attempted to call her.

When the call went unanswered, the relative called Ling 's brother who happened to be with ASP Yeoh at the time.

The brother immediately informed ASP Yeoh who immediately alerted his Bintulu counterpart.

The police team from here also rushed to Bintulu and arrested Tiang.

The Star 6 Jul 2013


Suspek mungkin rancang bunuh diri bersama seluruh keluarganya

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail tidak menolak kemungkinan suspek yang dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya di Pulau Li Hua kelmarin pada mulanya merancang untuk membunuh diri bersama seluruh keluarganya.

Beliau berkata, pihak polis turut percaya suspek yang dikenali sebagai Tiang Lee Yee, 43, merancang pembunuhan itu disebabkan terdesak memandangkan suspek tiada jalan lain untuk menyelesaikan hutang kewangan yang tinggi.

Katanya lagi, hasil bantuan pihak polis Bintulu, mereka berjaya menahan suspek dalam masa kurang 10 jam dan kes itu dianggap selesai.

“Berikutan kesalahan jenayah yang dilakukan, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan,” jelasnya.

Shafie berkata, polis akan membuat keputusan sama ada mendakwa suspek atas cubaan membunuh anak lelaki sulungnya selepas berbincang dengan Timbalan Pendakwa Raya.

Difahamkan, anak lelaki sulung Tiang yang selamat, Tiang Soon Thai, 17, memberitahu pihak polis bahawa bapanya dibebani hutang berjumlah RM3.5 juta.

Siasatan awal polis mendapati suspek cuba membunuh diri dengan pelbagai cara, namun suspek telah ditangkap polis sebelum sempat melakukannya.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis.

Dalam kejadian pagi kelmarin, suspek bertindak membunuh isteri dan dua anaknya menggunakan gas beracun di kediaman mereka di Pulau Li Hua.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Ling Yung Ming, 40, anak perempuan Christine Tiang Soon Ai, 14 dan anak lelaki Victor Tiang Soon Heng, 2.

Utusan Borneo 7 Jul 2013


Lima notis bunuh diri mengandungi wasiat ditemui

Notis ditemui di bilik tingkat bawah rumah Tiang, suspek bunuh isteri dan dua anaknya

SIBU: Polis semalam menemui lima notis bunuh diri mengandungi wasiat di bilik tingkat bawah kediaman Tiang Lee Yee, suspek yang dipercayai bertindak membunuh isteri dan dua anaknya dengan menggunakan gas beracun di Pulau Li Hua, di sini dalam kejadian Jumaat lalu.

Polis percaya notis bunuh diri itu ditulis sebelum kejadian pembunuhan dan akan menghantar notis bunuh diri kepada pasukan forensik untuk mengenal pasti individu yang menulis notis bunuh diri itu.

Selain itu, Tiang, 43, dipercayai menggunakan empat tong gas silinder untuk membunuh isterinya, Ling Yung Ming, 40, Christine Tiang Soon Ai, 14 dan Victor Tiang Soon Heng, 2 di kediaman mereka.

Tiang yang merupakan kontraktor dikatakan pada mulanya menggunakan dua tong gas silinder namun gagal, suspek kemudian membeli dua tong gas silinder lagi untuk tujuan membunuh ahli keluarganya.

Semalam, pegawai penyiasat kanan ASP Yeoh Chun Shyan dan anggota polis membawa suspek kembali ke kediamannya rumah berkembar dua tingkat pada jam 1.08 petang untuk enakmen semula jenayah dan mengumpul bahan bukti.

Polis turut menjumpai lima notis bunuh diri yang mengandungi wasiat di bilik tingkat bawah kediaman Tiang dipercayai ditulis sebelum kejadian pembunuhan itu.

Pada sekitar jam 1.40 petang, suspek turut membawa polis kembali ke lokasi kedai dia (suspek) membeli dua lagi tong gas silinder di Jalan Mantis.

Selain itu, suspek dibawa ke lokasi kedai dia membeli racun rumpai untuk membunuh diri dan membeli pil tidur di Jalan Tuanku Osman.

Polis turut percaya suspek membeli dua tong gas silinder, pil tidur dan sebotol racun rumpai pada hari kejadian (Jumaat) lalu.

Sebelum kejadian pembunuhan, Tiang dikatakan memberi pil tidur kepada isteri dan dua anaknya selepas membawa ahli keluarga keluar makan malam.

Bagaimanapun, anak sulung lelakinya, Tiang Soon Thai, 17, tidak mengambil pil tidur dan terselamat dalam kejadian itu. Kini, Soon Thai menerima rawatan di Hospital Sibu.

Abang Yung Ming dan pasukan forensik kembali semula ke lokasi kejadian di kediaman Tiang pada Sabtu lalu.

Utusan Borneo 8 Jul 2013


Isteri suspek lemas

Sibu: Hasil bedah siasat terhadap mayat tiga beranak yang dibunuh di sebuah rumah di Pulau Li Hua, Jumaat lalu mendapati mereka mengalami kecederaan fizikal dan seorang daripada mangsa dicekik menyebabkan kematian.

Bedah siasat membabitkan tiga doktor pakar di Hospital Sibu, semalam mengesahkan mangsa pertama iaitu Ling Yung Ming, 40, yang juga isteri suspek meninggal dunia akibat lemas kerana tidak mendapat oksigen.

Selain itu, pasukan perubatan menemui kesan kemerahan pada leher selain bintik merah pada muka mangsa kedua, Christine Tiang Soon Ai, 14, yang dipercayai mati akibat dicekik.

Manakala, mangsa ketiga, Victor Tiang Soon Sheng, 2, dikenal pasti mati akibat cedera pada dahi serta tidak mendapat oksigen.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Zayadi Sebli, berkata pihaknya akan mendapatkan laporan penuh hasil bedah siasat itu daripada hospital untuk mengesahkan cara tepat berhubung ketiga-tiga mangsa dibunuh.

“Bedah siasat terhadap ketiga-tiga mangsa dijalankan mulai jam 11.15 pagi tadi (semalam) dan punca kematian mereka sudah diketahui, namun kami masih menunggu laporan penuh.” katanya.

Sementara itu, mayat tiga beranak itu dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Dalam kejadian jam 10 pagi, Jumaat lalu tidak beranak ditemui mati dibunuh suami serta bapa mereka sebelum mayat ditemui bergelimpangan dalam sebuah bilik di rumahnya.

myMetro 9 Jul 2013


Surat wasiat mangsa bunuh jadi tanda tanya

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata pihaknya kini  berusaha untuk mengenal pasti penulis lima pucuk surat wasiat yang ditemui di rumah suspek kes bunuh dalam kejadian di Pulau Li Hua Jumaat lalu.

Menurutnya, lima pucuk surat tersebut yang ditemui Ahad lalu mungkin ditulis oleh isteri suspek ditujukan kepada ahli keluarga mangsa termasuk adik-beradik, saudara dan kawannya.

Difahamkan adik perempuan kepada isteri suspek cuba mengenal pasti tulisan surat tersebut dua hari lalu namun penulis sebenar belum dapat disahkan lagi.

Shafie berkata, antara isi kandung dalam surat-surat berkenaan termasuk meminta agar mayatnya  dibakar dan abunya ditabur ke laut.

Katanya penulis surat wasiat tersebut juga meminta agar wang simpan KWSP digunakan untuk tujuan pengebumian mereka.

“Mangsa juga meminta maaf sekiranya perbuatannya itu menyusahkan ahli keluarganya,” kata Shafie.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan suspek serta isterinya sememangnya sudah bersedia untuk mati disebabkan tiada pilihan lain untuk menyelesaikan hutang kewangan yang dikatakan berjumlah RM3.5 juta.

Shafie berkata kes pembunuhan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perjudian haram, melainkan masalah hutang daripada kawan dan pinjaman wang daripada beberapa along.

Ketua polis daerah itu juga memberitahu bahawa tiada unsur-unsur ugutan mahupun kekerasan berlaku terhadap suspek daripada peminjam wang dan mereka hanya mula mencari suspek sahaja pada sejak kebelakangan ini.

Difahamkan suspek pernah memberitahu isterinya sebelum bercadang untuk meminjam wang dan isterinya dikatakan bersetuju dengan cadangannya.

Shafie juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian sendiri mengenai kes pembunuhan tersebut dan beliau percaya penyiasatan kes bunuh ini telah menghampiri penghujungnya.

Katanya suspek yang didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabit kesalahan dijangka akan didakwa dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, suspek  telah dibawa oleh polis ke Bintulu semalam untuk mencari kedai tempat dia membeli hos .

Hos tersebut telah dirampas oleh polis ketika dia ditangkap di Bintulu.

Petang kelmarin, suspek telah membawa polis pergi ke dua lokasi kedai di Jalan Mantis dan Jalan Tuanku Osman iaitu tempat dia dipercayai membeli dua tong gas silinder dan racun rumpai.

Suspek diiringi oleh 10 orang polis D7 termasuk Inspektor Heng dan Sarjan Nurul bersama lapan anggota polis CID yang bertolak ke Bintulu menggunakan dua  kereta polis pada jam 10 pagi.

Sebelum ini,  suspek juga dikatakan berhasrat membunuh diri sebanyak empat kali termasuk menggunakan gas, menggantung diri dengan menggunakan tali beg pinggang, minum racun rumpai dan cuba menyedut asap ekzos kereta menggunakan hos.

Bagaimanapun, suspek dikatakan gagal dalam usahanya untuk mengambil nyawanya sendiri namun  isterinya, Ling Yung Ming, 40, dan dua anaknya, Christine, 14 dan Victor, 2, dijumpai mati di dalam bilik tidur mereka.

Hanya anak lelaki sulung suspek, Tiang Soon Thai, 17, terselamat dalam kejadian itu.

Utusan Borneo 10 Jul 2013

0 comments:

Post a Comment