June 17, 2013

Pemandu selamat treler turun bukit terbabas

Wan Mohd Nor Hassyim (kiri). FOTO Bernama

Keadaan treler terbabas ketika menuruni bukit di kilometer 43.8 Lebuhraya Gombak-Karak. FOTO Bernama


BENTONG: Berpantang maut sebelum ajal ungkapan paling tepat untuk pemandu treler Wan Mohd Nor Hassyim Wan Abdul Aziz, 41, selepas trelernya dengan muatan kira-kira 40 tan terbabas ketika menuruni bukit di kilometer 43.8 Lebuhraya Gombak-Karak di sini, hari ini.

Menurut beliau trelernya mengalami kerosakan brek ketika menuruni bukit dalam perjalanan ke Kuantan selepas mengambil besi di Klang, Selangor.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 pagi itu selepas kereta di hadapanya tidak memberi laluan menyebabkan dia mengelak lalu melanggar tembok jalan sebelum berpusing ke dalam longkang. - Bernama

17 Jun 2013


Musibah brek rosak

Bentong: Berpantang maut sebelum ajal. Itu perumpamaan buat seorang pemandu treler yang terselamat walaupun treler membawa muatan tiang konkrit dipandunya terbabas sebelum terbalik sehingga remuk teruk dalam kemalangan di Kilometer 43.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berhampiran Karak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, pemandu berkenaan, Wan Mohd Nor Hassyim Abdul Aziz, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun struktur treler yang dipandunya dalam perjalanan ke Kuantan, remuk keseluruhannya.

Menceritakan semula kejadian, Wan Mohd Nor Hassyim berkata, treler dipandunya mengalami kerosakan brek ketika menuruni bukit selepas mengambil besi di Klang, Selangor.

“Lebih memburukkan keadaan, kereta di hadapan tidak memberi laluan menyebabkan saya terpaksa mengelak dengan melanggar tembok pembahagi jalan sebelum treler berpusing dan terbabas dalam longkang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap konsesi lebuh raya itu, ANIH Berhad mengesahkan kejadian berkenaan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi pusat pertanyaan dan treler berkenaan didapati terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang jalan.

myMetro 18 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment