May 27, 2013

Kereta rombongan kahwin rentung

TIGA kereta yang terbakar, semalam.

Padang Besar: Seorang wanita yang menunggu hari untuk bersalin terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di tepi jalan terbakar ketika dia menikmati hidangan di majlis kenduri kahwin di Batu 8, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kereta milik Rusmazailina Othman, 25, terbakar bersama dua kereta lain milik saudaranya yang diletakkan berhampiran ketika mengikuti rombongan pengantin lelaki.

Difahamkan, ketiga-tiga kereta berkenaan disambar api akibat tumpahan minyak dari sebuah kereta Toyota KE20 yang cuba dihidupkan enjin selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga sebelum itu.

Menurut ibu mentua Rusmazailina, Salwa Ibrahim, 50, ketika kejadian, dia bersama anaknya, Mohd Fikri Mokhtar, 25, dan menantunya makan di majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan.

“Ketika hampir selesai makan, kami dikejutkan dengan bunyi letupan sebelum terdengar suara riuh-rendah orang ramai di depan jalan rumah pengantin perempuan menyebabkan kami bergegas pergi untuk melihat apa yang berlaku.

myMetro 27 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment