April 22, 2013

Remaja ditemui tidak sedar diri


SIBU: Seorang remaja lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran rumah flat di sini.

Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badannya termasuk lengan kanan ditemui orang awam dalam keadaan terbaring.

Difahamkan, mangsa sebelum kejadian minum bersama-sama beberapa orang rakannya.

Bagaimanapun, tidak diketahui punca sebenar kejadian apabila berlaku pertengkaran di antara mangsa dengan salah seorang rakannya.

Mangsa yang cuba menyelamatkan diri kemudian melarikan diri sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Sementara itu, pihak polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu.

Utusan Borneo 22 Apr 2013

0 comments:

Post a Comment