January 17, 2013

Lereng bukit runtuh akibat hujan berterusan

KEJADIAN tanah runtuh yang berlaku di hadapan bangunan Mara, kelmarin.

SANDAKAN: Hujan sejak awal pagi tadi menyebabkan sebahagian kecil kawasan lereng bukit di hadapan Bangunan Mara di Bandar Sandakan di sini, runtuh tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) berkata, bagaimanapun, kejadian yang berlaku kira-kira 12.45 tengah hari itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Katanya, jalan raya itu ditutup sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan serta pemotongan pokok-pokok di kawasan lereng dilakukan oleh beberapa pihak terlibat.

Antaranya, Unit Penghias Bandar dari Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu, salah seorang saksi yang ditemui, Hamzah Jamti memberitahu tanah runtuh berlaku diikuti pokok yang kemudiannya terkena salah satu kabel eletrik.

“Selepas kejadian itu, saya terus menghubungi polis. Kita amat bersyukur kerana ketika kejadian tiada satu pun kenderaan melalui jalan itu berikutan lampu trafik bertukar merah,” katanya.

Utusan Borneo 17 Jan 2013

0 comments:

Post a Comment