December 16, 2012

Warga Iraq bimbang pasport anak hilang


KUANTAN - Warga Iraq, Wisem Nabeel Ibrahim, 31, meminta sesiapa yang menjumpai pasport milik anaknya, Fatimah Wisem Nabeel, 4, supaya segera menghubunginya.

Wisem, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan memberitahu, dokumen itu hilang kira-kira sebulan lalu.

"Saya sudah buat laporan di Balai Polis Kuantan namun tetap berharap, sesiapa yang jumpa pasport itu supaya segera maklumkan kepada saya," katanya ketika datang ke pejabat Sinar Harian Edisi Pahang di sini, semalam, untuk minta bantuan menghebahkan perkara itu.

Wisem yang menetap di Bandar Indera Mahkota di sini, berkata, dia dan isterinya, Zahraa Ali Hussain cukup bimbang kehilangan pasport itu akan mencetuskan masalah bagi mereka sekeluarga sekiranya gagal ditemui.

Sesiapa yang menjumpai dokumen itu boleh hubungi Wisem 0176212051.

Sinar Harian 16 Dis 2012

0 comments:

Post a Comment