January 1, 2013

Pelakon sorok dalam bilik


PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.

myMetro 1 Jan 2013


Tiada Penjamin, Zarina Anjoulie Kena Lokap


PETALING JAYA: Pelakon Zarina Anjoulie yang pernah membintangi siri drama Anak Pontianak telah dibawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu atas pertuduhan memiliki dadah.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina, 27, dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.


Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



mStar 3 Jan 2013

0 comments:

Post a Comment