January 18, 2012

Berdegil guna topi 'kura-kura'

BUTTERWORTH – Ramai penunggang dan pembonceng motosikal dikesan masih menggunakan topi keledar ‘kura-kura’ yang tidak menepati kelulusan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang, S. Jegan berkata, ia terbukti berdasarkan rekod yang dicatat oleh pihaknya setiap kali melakukan operasi dan kempen keselamatan jalan raya di negeri itu.

Katanya, hampir 40 peratus kesalahan tersebut dikesan melibatkan penunggang dan pembonceng dalam operasi di jalan Persekutuan berbanding kurang lima peratus di lebuh raya.

“Semua orang tahu bahawa topi keledar yang tidak menepati piawaian terutamanya helmet ‘kura-kura’ memang tidak selamat dan tidak dapat menghalang kecederaan di bahagian kepala sekiranya berlaku kemalangan.

“Selain memberi alasan tempat yang dituju dekat, ada penunggang menggunakan topi keledar jenis ini supaya mudah menggunakan telefon bimbit semasa menunggang motosikal,” ujarnya.

Kosmo
18 Jan 2012

0 comments:

Post a Comment