September 10, 2011

Lima Pelajar Terlibat Pergaduhan Ditahan

KANGAR: Lima pelajar sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis awal pagi Jumaat kerana terbabit dalam pergaduhan di Bintong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, dalam pergaduhan kira-kira pukul 12.30 pagi itu, seorang pelajar cedera pada bahagian mata dan badan.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 17 tahun dipukul oleh lima pelajar terbabit kerana mendakwa mangsa telah mengambil alat permainan PlayStation 2 milik salah seorang rakan mereka dua hari sebelum kejadian.

Berikutan itu kira-kira sepuluh pelajar bertemu mangsa dan lima daripada mereka memukulnya, katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Abdul Rahman berkata lima pelajar yang berumur antara 16 dan 17 tahun itu ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Sept untuk siasatan. -BERNAMA

10 Sep 2011

0 comments:

Post a Comment