February 12, 2011

Tauke telefon panjang umur


PELABUHAN KLANG – Seorang tauke menjual telefon bimbit terselamat dalam cubaan bunuh di sebuah premis di Jalan Sungai Aur di sini semalam apabila dua das tembakan yang dilepaskan ke arahnya tersasar.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, Lim Meng Long (gambar), 42, sedang sibuk melayan seorang pelanggan lelaki di kedainya.

Menceritakan semula insiden itu, Meng Long berkata, sebaik terdengar bunyi tembakan pertama, dia dan pelanggannya terus membongkokkan badan dan mencari tempat bersembunyi.

“Selepas itu, satu lagi bunyi tembakan didengari dan kami terus menyorok di sebalik cermin pameran selama beberapa minit sebelum mendapat bantuan orang ramai,” katanya yang berniaga di situ sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, daripada maklumat orang awam, terdapat dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal melepaskan tembakan ke arahnya.

Kosmo
12 Feb 2011

0 comments:

Post a Comment