January 2, 2011

Pam minyak berselerak dipercayai angkara pencuri

GUA MUSANG - Orang ramai yang ingin mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, dekat sini, pagi ini terkejut apabila melihat pam minyak di stesen terbabit tercabut dan ditinggal berselerak.

Pam berkenaan dipercayai dicabut sekumpulan pencuri tetapi gagal membawanya kerana bimbang untuk memotong kabel elektrik yang tersangkut di pam berkenaan.

Pengurus Kedai D’Mart Felda Trading Sdn. Bhd., Suraidi Yusoff berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang peneroka yang ingin mengisi minyak motosikalnya pada kira-kira 7 pagi ini.

"Saya bergegas ke tempat itu dan melihat pam minyak tumbang selepas pencuri membuka skru, tetapi gagal membawa lari dipercayai takut kabel elektrik meletup,” katanya. - Bernama

2 Jan 2011

0 comments:

Post a Comment