January 12, 2011

2 beranak maut pacuan 4 roda jatuh gaung

MASJID TANAH: Seorang bapa dan anak lelakinya lemas dalam kawasan berpaya apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terjunam ke dalam gaung selepas bertembung sebuah kenderaan lain di Jalan Paya Lebar, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang, pemandu Mitsubishi Triton, Lui Wan Leong, 47, dan anak lelakinya, Lui Thong Hin, 10, ditemui dalam kenderaan yang terbenam di kawasan berair itu, manakala isteri dan seorang lagi anaknya berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Pemandu sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu, Ramlan Hassan, 30-an, turut cedera akibat tersepit dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat apabila kenderaan dinaiki empat sekeluarga dari Taman Bachang Baru dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Sungai Baru menuju ke Lubok China.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu Lui dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki Ramlan yang datang dari arah bertentangan.

myMetro
12 Jan 2011

0 comments:

Post a Comment