October 6, 2010

Keluarga bimbang gadis OKU hilang dua bulan

KUALA KANGSAR: Selepas hampir dua bulan menghilangkan diri nasib seorang gadis kurang upaya (OKU) berusia 22 tahun terus menjadi tanda tanya apabila pelbagai usaha mencarinya dilakukan sejak kehilangannya dilaporkan.

Gadis berkenaan, Nur Yuniza Mohd Yunus (gambar) dipercayai keluar dari rumahnya di Rancangan Perumahan Awam (RPA) 4 di sini, pada 21 Ogos lalu dengan alasan mahu berjumpa kawan di pekan Kuala Kangsar tetapi tidak pulang ke rumah.

Ibunya, Nor Jahan Ali Ahmad, 48, berkata, seminggu selepas kehilangannya, dia menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan ternampak anaknya bersama seorang lelaki dan wanita berpakaian purdah di Sungai Udang, Melaka.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, dia menjejaki anaknya seperti dimaklumkan wanita berkenaan namun, gagal menemui Nur Yuniza.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu boleh menghubungi pihak polis berhampiran atau terus menghubungi Nor Jahan di talian 017-5486691.

myMetro
6 Okt 2010

0 comments:

Post a Comment