July 5, 2010

Tiga korban awal pagi

Dua anggota bomba dan penyelamat mengusung mayat mangsa yang terkorban berhampiran susur keluar ke Nilai, Negeri Sembilan semalam. Gambar kecil, Mohd. Sofee.

SEREMBAN - Tindakan seorang pelancong warga Denmark yang memandu kenderaannya melawan arus di Kilometer 277.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Nilai di sini semalam mengundang tragedi apabila tiga terkorban selepas sebuah kereta BMW merempuh kenderaan dipandu lelaki warga asing itu.

Kemalangan pada pukul 4.34 pagi itu berlaku, selepas kereta dipandu lelaki Denmark yang berusia 27 tahun itu pada mulanya didakwa bergesel dengan sebuah kereta Proton Waja kira-kira lima kilometer dari lokasi kemalangan kedua.

Tidak diketahui puncanya, lelaki Denmark berkenaan kemudian didakwa telah memandu kenderaan Renault Kangoo secara melawan arus selepas berlaku kemalangan pertama.

Selepas memandu sejauh kira-kira lima kilometer, kenderaan Renault Kangoo yang bergerak di lorong tengah kemudian dirempuh secara berdepan dengan sebuah kereta BMW yang dinaiki empat sahabat.

Tiga daripada empat sahabat itu terkorban. Mereka ialah Mohd. Sofee Mohd. Tahir, 50, Mohd. Ghazali Abdul Majid, 52, dan Zulkarnain Adam, 49.

Kosmo Online
5 Jul 2010


Ayah ramah sebelum ajal

SEREMBAN: “Kebiasaannya ayah hanya mendiamkan diri dan tidak bertanya apa-apa jika saya baru bangun tidur dalam bilik, namun keadaannya berbeza apabila arwah begitu ramah dan banyak bertanyakan soal kerja, pagi Jumaat lalu.

“(Namun) saya tidak menyangka itu kali terakhir berpeluang menatap wajahnya dan menjadi petanda dia pergi meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya,” kata Taufik Mohd Ghazali, 25.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi semalam, bapanya, Mohd Ghazali Abdul Majid, 52, maut bersama dua sahabatnya, Mohd Sofee Mohd Tahir, 50, dan Zulkarnain Adam, 49, selepas kereta BMW dinaiki mereka bertembung sebuah kenderaan Renault Kangoo dipandu seorang lelaki warga asing.

Difahamkan, kejadian berlaku berikutan lelaki ‘Mat Salleh’ berusia 20-an itu memandu melawan arus di Kilometer 277.5 Lebuh raya Utara Selatan, di sini.

Berikutan kejadian itu, Mohd Ghazali dan Mohd Sofee mati di tempat kejadian manakala Zulkarnain meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Taufik yang menetap di Teluk Gadong, Klang, Selangor, berkata jantungnya seperti mahu gugur sebaik dimaklumkan tragedi malang yang meragut nyawa bapanya sebelum bergegas ke hospital, kira-kira jam 9.30 pagi.

“Saya langsung tidak mengetahui arwah pergi menemui rakan di Melaka malam tadi (kelmarin) dan terkejut diberitahu ibu ayah meninggal dunia dalam kemalangan.

“Arwah sebelum ini tidak menunjukkan perubahan ketara dan hanya bersikap peramah kerana banyak bertanyakan saya baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di HTJS, di sini.

Katanya, jenazah arwah bapanya yang bekerja sebagai kontraktor akan dikebumikan di kampung halamannya di Batu 6, Segamat, Johor.

Kakaknya, Nurul Wahida, 26, berkata dia sekeluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

“Sepanjang hayatnya, arwah seorang tegas tetapi begitu penyayang serta terlalu mengambil berat kebajikan keluarga terutama kelima-lima anaknya,” katanya.

Sementara itu, seorang rakan baik mangsa enggan dikenali berkata, dia tersentak dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 5.30 pagi.

myMetro
5 Jul 2010


Mat Salleh pandu lawan arus

SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki ‘Mat Salleh’ memandu melawan arus menyebabkan nyawa tiga sahabat melayang dalam kemalangan di Kilometer 277.5 Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, lelaki warga asing berusia 20-an yang memandu kereta Renault Kangoo dmemandu melawan arus menyebabkan kenderaannya bertembung dengan BMW dinaiki empat sahabat dalam perjalanan menuju ke ibu negara.

Berikutan kejadian itu, tiga sahabat meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, pemandu BMW berusia 49 tahun serta seorang lagi lelaki terselamat dan hanya cedera ringan.

Harian Metro difahamkan, Renault Kangoo itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain sebelum itu, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut.

myMetro
5 Jul 2010


Close shave for Seremban family with wrong-way driver


CRASH: What's left of the Beemer...

SEREMBAN: It was a freeze frame moment for five people in a car when a crazed wrong-way driver, racing against highway traffic on the fast lane, narrowly missed crashing into their car along the North-South expressway early on Sunday.

Some 15 minutes later, about 4.45am, the driver, a Dane, slammed head-on into a BMW near the Nilai interchange, killing three.

In the wrong-way driving crash horror, he is believed to have travelled at high speed before striking the BMW on the inner fast lane.

It is not known how far and against how many oncoming vehicles he drove before the crash left both his Renault Kangoo and the BMW in a mangled wreck.

But Seremban businessman Constantine Selladurai, who was in the Kia Sorento driven by his relative, lawyer Edmund Ponniah, this morning described the wrong-way driver as a “driver on a rampage”.

“He was a mad man on the highway,” said Selladurai who was on the way to Penang with his son, Joel from the UK, uncle Aloysius from Canada, friend Suffian Abdullah, a former Malaysian hockey international, and Ponniah.

...and the Kangoo. — CHINA PRESS pic

Ponniah contacted the KLIA police soon after the narrow miss to tell them that a vehicle was going the wrong way and that “there’s a possibility that he wants to kill himself but he’s definitely going to kill someone”.

Minutes later, a head-on collision near the Nilai interchange left the three friends, on their way home from Malacca after a reunion with old friends, dead.

Zulkarnain Adam, 49, Mohd Sofee Mohd Tahir, 50, and Mohd Ghazali Abdul Majib, 52, were killed when their BMW collided with the Renault Kangoo at the Km277 stretch.

Mohd Sofee and Mohd Ghazali suffered massive head injuries and died on the spot, while Zulkarnain died on admission at the Tuanku Ja'afar Hospital here.

The driver of the BMW, Zahari Abdullah, 49, and the Dane, also aged 49, who was not identified, are being treated for serious injuries at separate hospitals here.

The four friends were returning to Klang and Shah Alam from Malacca when the accident happened.

Police have detained the Dane for reckless driving and are trying to establish why he has driven the wrong way on the expressway.

Police believe the Dane was speeding when the incident occurred.

Selladurai said the narrow miss was a miracle of sorts and “life-changing experience” that his friends and family members, all of whom escaped unhurt, were still reeling from.

“We are all in a state of shock — and angry. The incident became more horrific for us when we read about the fatal crash in the newspapers later in the morning.”

Ponniah related their harrowing experience: “There it was, a car at high speed, high beams blinding me, coming straight at us in the fast lane.

“Those in the car were screaming. I drifted left to the middle lane and the car was still darting toward me. I careened to the outer lane and it was still in front of us.

“Another swerve to the left and the car must have missed us by a foot. Luckily, there were no vehicles on both lanes.

“When I pulled up and looked through the rear-view mirror, the driver just carried on driving, not bothering about our fate. That made us all angry.

“I couldn’t chase him or force him off the road. I was helpless.”

It was then that Ponniah called the police. The head-on crash is believed to have occurred 10 to 15 minutes later.

“I sympathise with the families of the deceased as I can feel what they went through before the crash. It was horrific. We were all there.”

Zahari could not avoid the car driven by the Dane as it was travelling against the flow of traffic.

Before that, he was involved in another minor accident when his car collided with a Proton Waja. Police said he then made an illegal U-turn and drove against the tide of traffic for several kilometres before the head-on tragedy.



Suspect released

PETALING JAYA: Police said the driver had been released after his statement was recorded.

Negri Sembilan traffic chief Assistant Superintendant Abdul Halil Abdul Hamzah said the man cooperated fully.

He said there was a possibility that he panicked after hitting the Proton Waja before making the illegal U-turn against the traffic flow.

"Our investigation is still ongoing. We are looking at several possibilities which may lead to how the fatal crash occurred."

The Malay Mail was also informed of reports obtained from the toxicology department showing the driver was not under the influence of drugs or alcohol.

It is learnt the man was a tourist, who has a brother working with the Denmark consulate in Kuala Lumpur.

Malay Mail
6 Jul 2010


Warga Denmark bebas tuduhan sebabkan kematian


SEREMBAN – Mahkamah Majistret Seremban semalam, membebaskan seorang pelancong warga Denmark daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sahabat di Kilometer 277.5 Lebuh Raya Utara Selatan.

Kenneth Jakobsen, 29, didapati mengalami masalah penyakit berjalan dalam tidur yang menyebabkannya hilang ingatan semasa melakukan perbuatan itu, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Majistret Marsilawati Mohamad Shah membenarkan pihak pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor MShanmugaveel membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Marsilawati dalam penghakimannya berkata, Kenneth disahkan oleh dua doktor dari Pantai Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur menghidap ‘Amnesic Episode due To Somnabulism’ yang mengakibatkannya mengalami penyakit berjalan dalam tidur sehingga menyebabkannya sering hilang ingatan.

“Tertuduh tidak sedar perbuatan yang dilakukan dua tahun lalu dan tidak berniat sehingga menyebabkan tiga kematian.

“Mahkamah juga membenarkan pasport diserah semula kepada tertuduh,” katanya. Mengikut pertuduhan, Kenneth didakwa memandu kereta dengan cuai sehingga menyebabkan kematian Ghazali Ab Majid, 52; Zulkarnain Adam, 49; dan Mohd Sofee Mohd Tahir, 50, di Kilometer 277.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara jam 5 pagi pada 4 Julai 2010.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan. Tertuduh diwakili peguamnya, M  Puravalen.

Sinar Harian 18 Jul 2012

0 comments:

Post a Comment