July 26, 2010

Penunggang basikal maut dilanggar kereta

KUCHING: Seorang warga tua yang sedang menunggang basikal maut selepas dilanggar kereta jenis Toyota Vios, dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di KM1.5, Jalan Lundu-Sematan dekat sini, semalam.

Dalam kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi itu, mangsa Lai Fao Bui, 65 tahun dari Kampung Seketi, Lundu dilanggar oleh kereta berkenaan yang dikatakan cuba memotong mangsa dari arah kanan.

Akibat pelanggaran tersebut mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemuda berusia 38 tahun dari Kuching yang memandu kenderaan tersebut ditahan polis untuk membantu siasatan.

The Borneo Post
26 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment