May 21, 2016

Satu kematian akibat denggi dicatat

KANGAR - Satu kes kematian akibat demam denggi dilaporkan berlaku di negeri ini pada tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Zaini Hussin berkata, terdapat peningkatan dua kes deman denggi dilaporkan berbanding minggu sebelumnya hanya satu kes.

“Walaupun terdapat peningkatan kes pada minggu ini tetapi ianya tetap menunjukkan penurunan kes sebanyak 21.2 peratus iaitu melibatkan 104 kes pada tempoh sama bagi tahun lalu berbanding pada tahun ini jumlah kes terkumpul hanya 81 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.

Dr Zaini berkata, bagi membanteras wabak denggi, jabatan kesihatan akan terus menggiatkan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi pada minggu ini dengan melibatkan 16 kawasan seluruh negeri ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati lapan premis positif menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya.

Katanya, empat kawasan juga didapati mempunyai indeks pembiakan aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kes demam denggi.

“Lokasi berkenaan ialah di Jalan Besar Arau, Batu Lima, Kuala Perlis dan Lorong Ara, Medan Niaga Seriab.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan keadaan persekitaran mereka bagi memastikannya selamat dari aedes," katanya.

Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment