May 21, 2016

Pekerja gunting rambut maut tergantung

MASJID TANAH - Seorang pekerja gunting rambut ditemui mati dalam keadaan tergantung pada lehernya di sebuah kedai gunting rambut di Taman Wira Mas, Lubok China, di sini.

Mangsa warganegara India yang berusia 30an itu ditemui dalam keadaan sedemikian ketika anak kepada pemilik kedai rambut terbabit membuka kedai itu lebih kurang jam 12 tengah hari, selepas berasa curiga kedai gunting rambut milik ayahnya tidak beroperasi seperti biasa.

Sumber polis berkata, mangsa dipercayai mengantungkan diri dengan menggunakan paip getah berwarna kuning yang diikat pada leher dan kipas siling. "Mangsa dipercayai memanjat kerusi plastik berwarna putih sebelum mengantungkan diri.

Punca gantung diri dipercayai disebabkan masalah keluarganya di India," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

"Difahamkan perbuatan mangsa ada berkaitan dengan masalah keluarga dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menjalani proses bedah siasat," katanya.

Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment