April 24, 2016

Enam cedera, van langgar lori

Keadaan kenderaan yang berlanggar. FOTO ihsan bomba

Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Pemandu van bersama lima penumpang cedera selepas kenderaan itu merempuh belakang lori di Lebuh Raya Pasir Gudang menghala Permas Jaya di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Sufian Mohd Lis, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.16 pagi, sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota ke lokasi kejadian.

"Pemandu van berusia lingkungan 30-an tersepit, manakala lima penumpangnya berusia lingkungan 20-an cedera .

"Pemandu lori tidak cedera dan operasi menyelamat ditamatkan pada 10.49 pagi," katanya.

Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi mendapatkan rawatan.

myMetro 24 April 2016



0 comments:

Post a Comment