April 24, 2016

Lelaki Pakistan mati dibunuh

Mayat lelaki warga Pakistan dan motosikal yang ditemui orang ramai, malam tadi. FOTO ihsan PDRM

Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur: Lelaki warga Pakistan berusia 25 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan 54/38A, Taman Sri Bintang, Segambut, di sini, malam tadi.

Mangsa yang bekerja di negara ini sejak dua tahun lalu ditemui orang ramai pada 9 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, turut ditemui bersama mangsa motosikal jenis Modenas yang tersandar pada pokok.

"Terdapat kesan kelar pada leher dan pinggang kanan serta kesan tikam pada kedua-dua tangan dan belakang badan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat," katanya.

myMetro  24 April 2016



Lelaki Pakistan mati dipercayai mangsa bunuh

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar telur ayam warga Pakistan ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badan dan tangan di tepi Jalan Taman Sri Bintang, Segambut di sini semalam.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, sepasukan polis dikerah ke lokasi sebaik pihak polis menerima panggilan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati ada seorang lelaki warga Pakistan mati selain terdapat lima kesan tikaman di bahagian belakang badan serta tangan mangsa.

"Selain kesan tikaman ada juga empat kesan hirisan di leher dan pinggang mangsa.

"Siasatan lanjut di lokasi kejadian polis tiada senjata ditemui sebaliknya menemui satu sarung pisau berwarna hitam," katanya ketika dihubungi tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. - K! ONLINE

24/04/2016 

0 comments:

Post a Comment