January 1, 2016

Penumpang maut tersepit

KERETA dinaiki mangsa remuk teruk selepas merempuh pembahagi jalan. FOTO ihsan Bomba

Bukit Mertajam: Wanita berusia 25 tahun maut akibat tersepit di tempat duduk penumpang selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 11.3 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, mangsa yang dikenali sebagai Maizatul Hanim, 25, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dikeluarkan bomba sebelum diserahkan kepada polis.

Manakala wanita berusia 45 tahun yang memandu kereta berkenaan hanya mengalami cedera ringan.

Jurucakap bomba berkata, ketika tiba di lokasi, didapati seorang wanita tersepit di tempat duduk bahagian penumpang hadapan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ)," katanya.

myMetro 31 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment