January 1, 2016

35 kambing mati hangus

Anggota bomba memadamkan kebakaran kandang kambing milik Salleh. - Foto AHMAD ISMAIL

Muar: Seorang penternak kambing kerugian lebih RM20,000 apabila 35 ternakannya itu rentung dalam kandang yang terbakar di Felda Moakil, Muar, kira-kira jam 8 malam tadi.

Salleh Ibrahim, 58, berkata dia menyangka bunyi bising dari kandang yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya akibat kambingnya diganggu ular sawa.

"Saya bergegas keluar rumah menuju ke kandang dan terkejut melihat ia sedang terbakar.

“Api marak dengan cepat menyebabkan saya gagal menyelamatkan semua 35 kambing itu, termasuk beberapa anak yang baru dilahirkan," katanya.

Salleh membuat laporan di balai polis berdekatan kerana mengesyaki kejadian itu perbuatan khianat.

myMetro 31 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment